30 July 2008

seminar memahami as-sunnah

assalamualaikum..apa khabar shbt2 sekalian?harap masih lagi dilimpahi dgn nikmat islam dan iman.jgn jd macam ana yg rasanya tahap iman dlm diri ni dah di tahap critical low..if it can be measured..walaupun sesibuk mana pun sesoerg,jika kita pandai menguruskan masa ia tidak menjadi masalah pun..
so dikesempatan inin ana ingin mengajak shbt2 yg di luar sana utuk dtg ke seminar memahami as-sunnah ini..bg diri ana yg akan berada dlm kump professional..inshaALLAH tak lama lagi,tak rugi klu kita menuntut ilmu agama dan lebih baik lagi klu kita dpt memahami sunnah2 dan ajaran nabi..doktor terutamanya boleh berdakwah kpd pesakit sbb pesakit mudah utk mendengar nasihat dr doktor2 ni.
justeru,ana mengajak shbt2 sekalian utk turut hadir dan mengikuti program ini.inshaALLAH tidak rugi kita meluangkan sedikit masa utk menimba ilmu ALLAH ini.
here,i enclosed the details about the programme...

Seminar ke Arah Memahami As-Sunnah
Pada 16 Ogos 2008 (Sabtu), Jam 8.00 pagi hingga 4.30 petangbertempat di Dewan Kuliah 6, USM Kubang Kerian
8.00 am : Pendaftaran peserta
8.30 am : Perasmian dan kata-kata aluan
9.00 am : Ceramah 1 - Disiplin Ilmu As-Sunnah: Satu PengenalanDr. Abd. Basit Abd. Rahman (Pondok Sungai Durian)
10.15 am : Rehat dan minum pagi
10.45 am : Ceramah 2 - Keperluan Tajdid Pemikiran AgamaS. S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Mufti Perlis)
12.00 pm : Sesi Soal Jawab
12.45 pm : Rehat dan makan tengahari
2.00 pm: : Ceramah 3 - Ibadah Sahih Pendidik JiwaProf. Madya Dr. Johari Mat (Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra)
3.00 pm : Ceramah 4 - Kaedah-Kaedah Berinteraksi Dengan As-SunnahMaulana Asri Yusoff (Pusat Pengajian Darul Kautsar)
4.00 pm: : Sesi Soal jawab
4.45 pm : Penyampaian cenderahati dan bersurai

PendaftaranDewasa : RM 40
Pelajar IPT : RM 15
Pelajar : RM 10

Untuk pendaftaran sila hubungi:09- 7664910/ 09 7664910/ 012 389 6584/ 013 973 1357 (tarikh tutup:13 ogos 08)

21 April 2008

unknown title...

assalamualaikum wbt...
hope our friends out there were in state highe state of Iman and Islam..actually i am in study leave now for about 3 weeks but it's not enough perhaps...to cover all the block.it comprises of 12 block in medicine..fuh..too much things to be absorp in the nick of the time..i have no idea to write down..hmm..i'm trying myself to be better in english,so i put a challenge to myself to write something in english.i'm not good in speaking n writing in english but i can understand what they are talking to me..last 2 days,a foreigner doctor ask some help from me to asking the patient regarding his sickness..like a clerking,i manage to ask the patient but i cannot translate it back to the doctor..so that doctor tell me that 'my english was very poor'..but i'm not bother what others says to me because i know where am i..

i try to be good in english day by day but maybe i cannot overcome my 'shyness' to speak in english to others.as a consequence,i'm still like in standard one english..hurrmmm..never mind..no worries..inshaALLAH..in the future it will be better n better than this..

i hope everyone out there prays for our success in the journey of education..not only success in this world but 'hereafter'..inshaALLAH.we as a human only make a plan but the determinant is up to GOD..

27 March 2008

minggu exam>>>>

assalamualaikum wrt...
saya pasti semua mahasiswa/i masa ni sdg sibuk menelaah buku2 n membuat persiapan terakhir utk menghadapi final exam yg bakal tiba..tidak ketinggalan diri ini juga..ya ALLAH...takutnya diri ini..tahun ni ibarat tahun yg akan menentukan masa depan sy..tahun ini sy akan menduduki peperiksaan professional 2..exam yg paling menakutkan bg pelajar2 di usmkk..cuba tanya bekas2 graduan drpd usmkk,mereka pasti mengatakan exam ini plg susah dan mencabar..natijah jika tidak lulus,kena repeat a year..kena belajar balik semua yg diajar masa year 2 n year 3 and lots of problem will comes together..subhanaALLAH..hanya ALLAH shj yg tau..semoga sy tak termasuk dlm golongan tu..

sedikit informasi yg nak dikongsikan..masa saya di thn 2 n tahun 3 ia dipanggil pre clinical..belajar teori n praktikal tp bukan sepenuh hari kat ward...sy sebenarnya nak amik doktor gigi tp system kat usmkk ni 'memaksa' semua undergradute doctor of dental surgery utk belajar medic sampai tahun 3 ditambah dgn belajar dental..hanya ALLAH saja yg tau penderitaan yg kami alami..nak kena belajar dua benda yg sgt2 susah n kritikal..boleh dikatakan masa kami lebih sikit drp masa budak2 medic..bila ada self study,slot tu diisi dgn pelajaran dental.memang kami kekurangan masa..tp sebenarnya itu bukan masalahnya bg org yg ada teknik belajar yg betul..saya ni yg takde teknik belajar yg betul..sbb tu yg bg masalahnya..

so sy amat2 berharap sesiapa yg ada teknik belajar yg berkesan n tido yg berkualiti...silakanla bg tunjuk ajar kat sy..sy amat2 memerlukannya..nak kena faham n igt semua benda sangat2 susah di tambah dgn kemampuan otak sy ni rasanya semakin berkurangan sgt..n kalau sesiapa ada acara utk menguatkan ingatan ni lg2la dialu-alukan..kita hanya mampu berusaha..tp hasilnya ALLAH yg tentukan..

NB:sama2la kita doakan kejayaan para2 muslimin n muslimat yg akan berjuang di medan peperiksaan..

Surat Terbuka Untuk Ikhwan Fillah

Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang dirimu, akhi. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang Rasulullah SAW sinyalirkan sebagai pembawa fitnah terbesar.
Suratmu sudah kubaca dan disimpan. Surat yang membuatku gementar. Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur kebelakangan ini.
“Ukhti, saya sering memperhatikan anti. Kalau sekiranya tidak dianggap lancang, saya berniat berta’aruf dengan anti.”
Jujur kukatakan bahawa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan ikhwan kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang ‘kesekian’ itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu. Astaghfirullahaladz im. Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah jurang kepedihan dan kehinaan. ‘Afwan kalau yang terfikir pertama kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan: ke mana ghaddhul bashar-mu?
Akhifillah,
Alhamdulillah Allah mengurniakan dzahir yang jaamilah. Dulu, di masa jahiliyah, kurniaan itu sentiasa membawa fitnah. Setelah hijrah, kufikir semua hal itu tidak akan berulang lagi. Dugaanku ternyata salah. Mengapa fitnah ini jesteru menimpa orang-orang yang kuhormati sebagai pengemban risalah da’wah? Siapakah yang salah di antara kita?
####
“Adakah saya kurang menjaga hijab, ukh?” tanyaku kepada Aida, teman sebilikku yang sedang mengamati diriku. Lama. Kemudian, dia menggeleng.
“Atau baju saya? Sikap saya?”
“Tidak, tidak,” sergahnya menenangkanku yang mulai berurai air mata.
“Memang ada perubahan sikap di kampus ini.”
“Termasuk diri saya?”
“Jangan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bagus, sentiasa merasa kurang iman. Tapi tidak dalam hal ini. Saya cukup lama mengenali anti dan di antara kita telah terjalin komitmen untuk saling memberi tausiyah jika ada yang lemah iman atau salah. Ingat?”
Aku mengangguk. Aida menghela nafas panjang.
“Saya rasa ikhwan itu perlu diberi tausiyah. Hal ini bukan perkara baru kan ? Maksud saya dalam meng-cam akhwat di kampus.” Sepi mengembang di antara kami. Sibuk dengan fikiran masing-masing… .
“Apa yang diungkapkan dalam surat itu?”
“Ia ingin berta’aruf. Katanya dia sering melihat saya memakai jilbab putih. Anti tahu bila dia bertekad untuk menulis surat ini? Ketika saya sedang menjemur pakaian di depan rumah! Masya Allah…. dia melihat sedetail itu.”
“Ya.. di samping itu tempoh masa anti keluar juga tinggi.”
“Ukhti…,” sanggahku, “Anti percaya kan kalau saya keluar rumah pasti untuk tujuan syar’ie?”
“InsyaAllah saya percaya. Tapi bagi anggapan orang luar, itu masalah yang lain.”
Aku hanya mampu terdiam. Masalah ini sentiasa hadir tanpa ada suatu penyelesaian. Jauh dalam hati selalu tercetus keinginan, keinginan yang hadir semenjak aku hijrah bahawa jika suatu saat ada orang yang memintaku untuk mendampingi hidupnya, maka hal itu hanya dia lakukan untuk mencari keridhaan Rabb-nya dan dien-ku sebagai tolok ukur, bukan wajahku. Kini aku mulai risau mungkinkah harapanku akan tercapai?
####
Akhifillah,
Maaf kalau saya menimbulkan fitnah dalam hidupmu. Namun semua bukan keinginanku untuk beroleh wajah seperti ini. Seharusnya di antara kita ada tabir yang akan membersihkan hati dari penyakitnya. Telah kucuba dengan segenap kemampuan untuk menghindarkan mata dari bahaya maksiat. Alhamdulillah hingga kini belum belum hadir sosok putera impian yang hadir dalam angan-angan. Semua kuserahkan kepada Allah ta’ala semata.
Akhi,
Tentunya antum pernah mendengar hadits yang tersohor ini. Bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara: kecantikannya, hartanya, keturunannya, atau diennya. Maka pilihlah yang terakhir kerana ia akan membawa lelaki kepada kebahagiaan yang hakiki.
Kalaulah ada yang mendapat keempat-empatnya, ibarat ia mendapat syurga dunia. Sekarang, apakah yang antum inginkan? Wanita shalihah pembawa kedamaian atau yang cantik tapi membawa kesialan? Maaf kalau di sini saya terpaksa berburuk sangka bahawa antum menilai saya cuma setakat fizik belaka. Bila masanya antum tahu bahawa dien saya memenuhi kriteria yang bagus? Apakah dengan melihat frekuensi kesibukan saya? Tempoh di luar rumah yang tinggi?
Tidak. Antum tidak akan pernah tahu bila masanya saya berbuat ikhlas lillahi ta’ala dan bila masanya saya berbuat kerana riya’. Atau adakah antum ingin mendapatkan isteri wanita cantik yang memiliki segudang prestasi tetapi akhlaknya masih menjadi persoalan? Saya yakin sekiranya antum diberikan pertanyaan demikian, nescaya tekad antum akan berubah.
Akhifillah,
Tanyakan pada setiap akhawat kalau antum mampu. Yang tercantik sekalipun, maukah ia diperisterikan seseorang kerana dzahirnya belaka? Jawapannya, insya Allah tidak. Tahukah antum bahawa kecantikan zahir itu adalah mutlak pemberian Allah; Insya Allah antum tahu. Ia satu anugerah yang mutlak yang tidak boleh ditawar-tawar jika diberikan kepada seseorang atau dihindarkan dari seseorang. Jadi, manusia tidak mendapatkannya melalui pengorbanan. Lain halnya dengan kecantikan bathiniyyah. Ia melewati proses yang panjang. Berliku. Melalui pengorbanan dan segala macam pengalaman pahit. Ia adalah intisari dari manisnya kata, sikap, tindak tanduk dan perbuatan. Apabila seorang lelaki menikah wanita kerana kecantikan batinnya, maka ia telah amat sangat menghargai perjuangan seorang manusia dalam mencapai kemuliaan jati dirinya. Faham?
Akhifillah,
Tubuh ini hanya pinjaman yang terpulang pada-Nya bila-bila masa mengambilnya. Tapi ruh, kecantikannya menjadi milik kita yang abadi. Kerananya, manusia diperintahkan untuk merawat ruhiyahnya bukan hanya jasmaninya yang boleh usang dan koyak sampai waktunya.
Akhifillah,
Kalau antum ingin mencari akhawat yang cantik, antum juga seharusnya menilai pihak yang lain. Mungkin antum tidak memerhatikannya dengan teliti. (Alhamdulillah, tercapai maksudnya untuk keluar rumah tanpa menimbulkan perhatian orang). Pakaiannya sederhana, ia hanya memiliki beberapa helai. Dalam waktu seminggu antum akan menjumpainya dalam jubah-jubah yang tidak banyak koleksinya. Tempoh masanya untuk keluar rumah tidak lama. Ia lebih suka memasak dan mengurus rumah demi membantu kepentingan saudari-saudarinya yang sibuk da’wah di luar. Ia nyaris tidak mempunyai keistimewaan apa-apa kecuali kalau antum sudah melihat shalatnya. Ia begitu khusyu’. Malam-malamnya dihiasi tahajjud dengan uraian air mata. Dibaca Qur’an dengan terisak. Ia begitu tawadhu’ dan zuhud. Ah, saya iri akan kedekatan dirinya dengan Allah. Benar, ia mengenal Rabbnya lebih dari saya. Dalam ketenangannya, ia tampak begitu cantik di mata saya. Beruntung ikhwan yang kelak memperisterikannya… (saya tidak perlu menyebut namanya.)
####
Malam semakin beranjak. Kantuk yang menghantar ke alam tidur tidak menyerang saat surat panjang ini belum usai. Tapi, sudah menjadi kebiasaanku tidak boleh tidur tenang bila saudaraku tercinta tidak hadir menemani. Aku tergugat apabila merasakan bantal dan guling di samping kanan telah kehilangan pemilik. Rasa penat yang belum terneutral menyebabkan tubuhku terhempas di sofa.
Aida sedang diam dalam kekhusyu’kan. Wajahnya begitu syahdu, tertutup oleh deraian air mata. Entah apa yang terlintas dalam qalbunya. Sudah pasti ia merasakan aku tidak hairan saat menyaksikannya. Tegak dalam rakaatnya atau lama dalam sujudnya.
“Ukhti, tidak solat malam? “ tanyanya lembut seusai melirik mata.
“Ya, sekejap,” kupandang wajahnya. Ia menatap jauh keluar jendela ruang tamu yang dibiarkan terbuka. “Dzikrul maut lagi?”
“Khusnudzan anti terlalu tinggi.”
Aku tersenyum. Sikap tawadhu’mu, Aida, menyebabkan bertambah rasa rendah diriku. Angin malam berhembus dingin. Aku belum mahu beranjak dari tempat duduk. Aida pun nampaknya tidak meneruskan shalat. Ia kelihatan seperti termenung menekuri kegelapan malam yang kelam.
“Saya malu kepada Allah,” ujarnya lirih.
“Saya malu meminta sesuatu yang sebenarnya tidak patut tapi rasanya keinginan itu begitu mendesak dada. Siapa lagi tempat kita meminta kalau bukan diri-Nya?”
“Apa keinginan anti, Aida?”
Aida menghela nafas panjang.
“Saya membaca buku Syeikh Abdullah Azzam pagi tadi,” lanjutnya seolah tidak menghiraukan. “Entahlah, tapi setiap kali membaca hasil karyanya, selalu hadir simpati tersendiri. Hal yang sama saya rasakan tiap kali mendengar nama Hasan al-Banna, Sayyid Quthb atau mujahid lain saat nama mereka disebut. Ah, wanita macam mana yang dipilihkan Allah untuk mereka? Tiap kali nama Imaad Aql disebut, saya bertanya dalam hati: Wanita macam mana yang telah Allah pilih untuk melahirkannya?”
Aku tertunduk dalam-dalam.
“Anti tahu,” sambungnya lagi, “Saya ingin sekiranya boleh mendampingin orang-orang sekaliber mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. Saya ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid semacam Immad Aql…”
Air mataku menitis perlahan. Itu adalah impianku juga, impian yang kini mulai kuragui kenyataannya. Aida tak tahu berapa jumlah ikhwan yang telah menaruh hati padaku. Dan rasanya hal iti tak berguna diketahui. Dulu, ada sebongkah harapan kalau kelak lelaki yang mendampingiku adalah seorang mujahid yang hidupnya ikhlas kerana Allah. Aku tak menyalahkan mereka yang menginginkan isteri yang cantik. Tidak. Hanya setiap kali bercermin, ku tatap wajah di sana dengan perasaan duka. Setakat inikah nilaiku di mata mereka? Tidakkah mereka ingin menilaiku dari sudut kebagusan dien-ku?
“Ukhti, masih tersisakah ikhwah seperti yang kita impikan bersama?” desisku.
Aida meramas tanganku. “Saya tidak tahu. Meskipun saya sentiasa berharap demikian. Bukankah wanita baik untuk lelaki baik dan yang buruk untuk yang buruk juga?”
“Anti tak tahu,” air mata mengalir tiba-tiba. “Anti tak tahu apa-apa tentang mereka.”
“Mereka?”
“Ya, mereka,” ujarku dengan kemarahan terpendam. “Orang-orang yang saya kagumi selama ini banyak yang jatuh berguguran. Mereka menyatakan ingin ta’aruf. Anti tak tahu betapa hancur hati saya menyaksikan ikhwan yang qowiy seperti mereka takluk di bawah fitnah wanita.”
“Ukhti!”
“Sungguh, saya terfikir bahawa mereka yang aktif da’wah di kampus adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan Rsulnya semata. Ternyata mereka mempunyai sekelumit niat lain.”
“Ukhti, jangan su’udzan dulu. Setiap manusia punya kelemahan dan saat-saat penurunan iman. Begitu juga mereka yang menyatakan perasaan kepada anti. Siapa yang tidak ingin punya isteri cantik dan shalihah?”
“Tapi, kita tahukan bagaimana prosedurnya?”
“Ya, memang…”
“Saya merasa tidak dihargai. Saya berasa seolah-olah dilecehkan. Kalau ada pelecehan seksual, maka itu wajar kerana wanita tidak menjaga diri. Tapi saya…. Samakah saya seperti mereka?”
“Anti berprasangka terlalu jauh.”
“Tidak,” aku menggelengkan kepala. “Tiap kali saya keluar rumah, ada sepasang mata yang mengawasi dan siap menilai saya mulai dari hujung rambut -maksud saya hujung jilbab- hingga hujung sepatu. Apakah dia fikir saya boleh dinilai melalui nilaian fizik belaka..”
“Kita berharap agar ia bukan jenis ikhwan seperti yang kita maksudkan.”
“Ia orang yang aktif berda’wah di kampus ini, ukh.”
Aida memejamkan mata. Bisa kulihat ujung matanya basah. Kurebahkan kepala ke bahunya. Ada suara lirih yang terucap,
“Kasihan risalah Islam. Ia diemban oleh orang-orang seperti kita. Sedang kita tahu betapa berat perjuangan pendahulu kita dalam menegakkannya. Kita disibukkan oleh hal-hal sampingan yang sebenarnya telah diatur Allah dalam kitab-Nya. Kita tidak menyibukkan diri dalam mencari hidayah. Kasihan bocah-bocah Palestin itu. Kasihan saudara-saudara kita di Bosnia . Adakah kita boleh menolong mereka kalau kualiti diri masih seperti ini? Bahkan cinta yang seharusnya milik Allah masih berpecah-pecah. Maka, kekuatan apa yang kita ada?”
Kami saling bertatapan kemudian. Melangkau seribu makna yang tidak mampu dikatakan oleh kosa kata. Ada janji. Ada mimpi. Aku mempunyai impian yang sama seperti Aida: mendukung Islam di jalan kami. Aku ingin mempunyai anak-anak seperti Asma punyai. Anak-anak seperti Immad Aql. Aku tahu kualiti diri masih sangat jauh dari sempurna. Tapi seperti kata Aida; Meskipun aku lebih malu lagi untuk meminta ini kepada-Nya. Aku ingin menjadi pendamping seorang mujahid ulung seperti Izzuddin al-Qassam.
####
Akhifillah,
Mungkin antum tertawa membaca surat ini. Ah akhawat, berapa nilaimu sehingga mengimpikan mendapat mujahid seperti mereka? Boleh jadi tuntutanku terlalu besar. Tapi tidakkah antum ingin mendapat jodoh yang setimpal? Afwan kalau surat antum tidak saya layani. Saya tidak ingin masalah hati ini berlarutan. Satu saja yang saya minta agar kita saling menjaga sebagai saudara. Menjaga saudaranya agar tetap di jalan yang diridhai-Nya. Tahukah antum bahawa tindakan antum telah menyebabkan saya tidak lagi berada di jalan-Nya? Ada riya’, ada su’udzhan, ada takabur, ada kemarahan, ada kebencian, itukah jalan yang antum bukakan untuk saya, jalan neraka? –‘Afwan.
Akhifillah,
Surat ini seolah menempatkan antum sebagai tertuduh. Saya sama sekali tidak bermaksud demikian. Kalau antum mahu cara seperti itu, silakan. Afwan, tapi bukan saya orangnya. Jangan antum kira kecantikan lahir telah menjadikan saya merasa memiliki segalanya. Jesteru, kini saya merasa iri pada saudari saya. Ia begitu sederhana. Tapi akhlaknya bak lantera yang menerangi langkah-langkahnya. Ia jauh dari fitnah. Sementara itu, apa yang saya punyai sangat jauh nilainya. Saya bimbang apabila suatu saat ia berhasil mendapatkan Abdullah Azzam impiannya, sedangkan saya tidak.
Akhifillah,
‘Afwan kalau saya menimbulkan fitnah bagi antum. Insya Allah saya akan lebih memperbaiki diri. Mungkin semua ini sebagai peringatan Allah bahawa masih banyak amalan saya yang riya’ maupun tidak ikhlas. Wallahua’lam. Simpan saja cinta antum untuk isteri yang telah dipilihkan Allah. Penuhilah impian ratusan akhawat, ribuan ummat yang mendambakan Abdullah Azzam dan Izzuddin al-Qassam yang lain. Penuhilah harapan Islam yang ingin generasi tangguh seperti Imaad Aql. Insya Allah antum akan mendapat pasangan yang bakal membawa hingga ke pintu jannah.
Akhifillah,
Malam bertambah-dan bertambah larut. Mari kita shalat malam dan memandikan wajah serta mata kita dengan air mata. Mari kita sucikan hati dengan taubat nasuha. Pesan saya, siapkan diri antum menjadi mujahid. Insya Allah, akan ada ratusan Asma dan Aisyah yang akan menyambut uluran tangan antum untuk berjihad bersama-sama.
Yang terakhir, akhi, saudara seaqidahku, saya persembahkan bingkisan indah sebuah syair karya pujangga besar Muhammad Iqbal. Semoga menjadi renungan kita bersama untuk lebih meningkatkan ketaqwaan dan keimanan.
IDEALNYA SEORANG PEMUDA
Ia peribadi yang muslim,
Berhati emas,
Berpotensi prima,
Yang di kala damai
Anggun petaka kijang dari padang perburuan
Yang di kala perang
Perkasa bak harimau kumbang
Ia perpaduan manis hempedu
Satu kali dengan kawan
Lain kali dengan lawan
Yang lembut dalam berbahasa
Yang teguh membawa suluh
Angannya sederhana
Citanya mulia
Tinggi keutamaan dalam hati-hati
Tinggi budi, rendah hati
Ia lah sutera halus di tengah sahabat tulus
Ia lah baja
Ditentangnya musuh durhaka
Ia ibarat gerimis atau embun tiris
Yang memekarkan bunga-bunga
Yang melambaikan tangkai-tangkai
Ia juga puting beliung
Yang melemparkan ombak menggunung
Yang menggoncangkan laut ke relung-relung
Ia lah gemercik air ditaman sari, asri
Ia juga penumbang segala belantara
Segala sahara
Ia lah pertautan agung iman Abu Bakar
Perkasa Ali
Papa Abu Dzar
Teguhnya Salman
Mendirinya di tengah massa yang bergoyang
Ibarat lentera ulama di tengah gulita sahara
Ia pilih syahid fisabilillah atas segala kerusi dan upeti
Ia manuju bintang
Menggapai malaikat
Ia tentang tindak kuffar
Pola aniaya di mana saja
Maka nilainya pun membumbung tinggi
Harganya semakin tak terperi
Maka siapakah yang akan sanggup membelinya
Kecuali Rabb-nya?

11 September 2007

Mukmin sejati mesti sabar hadapi ujian

MUKMIN SEJATI MESTI SABAR HADAPI UJIAN

Bismillahirrahmanirrahim..ana tertarik dgn satu artikel yg terdpt dlm satu akhbar tempatan kita.artikel ini ditulis oleh seorg pendakwah dr negeri Sarawak.Ana rasa artikel ni cukup menarik dan inshaALLAH semoga kita mendapat sedikit manfaatnya drpd ilmu ALLAH yg begitu luas ini..

Suatu hari,tiba-tiba ALLAH SWT menentukan turunnya bala ke atas diri dan keluarga kita. Hati dan perasaan kita mencari dan bertanya,apakah salah dan dosa yg dilakukan? Mengapa begitu susah mententeramkan hati dgn berprasangka baik kepada ALLAH SWT? Kita berusaha memujuk diri dgn satu kefahaman bala dan ujian itu akan ALLAH SWT balas dgn sesuatu yg lebih baik berbanding apa yg hilang di tgn anda.

ALLAH SWT sentiasa memilih yg terbaik utk diri kita.Adakah patut kita mendahului ALLAH SWT dlm setiap pilihanNYA? Manusia berkata dlm hati: “Alangkah eloknya jika begini dan begini”.Adakah manusia itu mengetahui seperti mana ALLAH SWT mengetahui?Yang sehelai daun gugur di serata bumi ini tidak akan gugur kecuali dgn pengetahuanNYA? Alangkah naïf manusia jika ia merasa dirinya lebih tahu yg terbaik utk dipilih.

Saidina Umar AL-Khattab pernah berputus asa ketika kemenangan Islam tidak muncul. Padahal di sisi beliau ada Rasulullah SAW. Perasaan putus asa Umar ini jauh lbh bernilai drpd rasa putus asa kita yg kehilangan dunia,anak atau isteri. Perasaan putus asa Umar mewakili Islam dan kesetiaannya kpd ALLAH SWT dan RasulNYA.Manakala perasaan putus asa kita mewakili kepentingan ego dlm diri sendiri.Umar meratap sedih:”Wahai rasulullah bukankah kamu utusan ALLAH?Bukankah agama ini benar?” rasulullah menguatkan semangat sahabatnya: “Sesungguhnya aku adalah seorg hamba ALLAH dan sudah tentu DIA tidak akan membinasakan diriku”(Sirah Nabawiyah oleh Dr Mustafa al-Sibaie)

Kata-kata keramat Baginda ini sudah selayaknya menghiasi hati org mukmin yg bergantung sepenuhnya kpd ALLAH SWT.Jika kita mahu menelusuri selok belok kehidupan ini,ujian dan cabaran itu sebenarnya membuat anda menjadi lebih kebal.Tidak mudah goyah dan mampu melompat lebih tinggi.

Orang yg memenangi pertarungan itu sebenarnya bukan yg kuat tetapi yg mampu menahan sakit.Lihatlah mereka yg Berjaya. Di atas kesakitan itu mereka membina kekuatan,rela tidak tidur utk kerja yg perlu diselesaikan. Mereka yg Berjaya begitu disiplin dan menghargai kesaikitan yg diderita. ALLAH SWT menguji siapakah yg paling baik imannya dan paling reda dgn qada dan qadarNYA.

Dr Yusuf Al-Qardhawi dlm kitabnya Al-Iman wal Hayah menyatakan: “Tidak mungkin manusia dpt menghindarkan diri drpd pelbagai kesulitan,begitula kenyataan hidup,ramai yg bersua dgn kegagalan,ditinggalkan kekasih,penyakit menyerang tubuh,kehilangan harta benda dan seterusnya.Kemudian beliau mengambil hadis Rasulullah bermaksud: “Perumpamaan org beriman yg ditimpa ujian bagai besi yg dimasukkan kdlm api lalu hilang karat dan tinggal yg baiknya saja”.

Beliau juga meminjam kata2 seorg ulama: “ setiap kali aku ditimpa ujian duniawi,terbayang olehku 3 kurniaan Tuhan.Yang pertama, CUBAAN ITU TIDAK MENJEJASKAN AGAMAKU,yang kedua AKU TIDAK DITIMPA BAHAYA YG LEBIH BESAR DR ITU dan yang ketiga AKU MENDAPAT PAHALA DARI ALLAH SWT KERANANYA”.

Betapa indahnya ungkapan semangat yg mencerminkan kekerasan hati org yg beriman. Seperti mana kata2 Saidina Urwah bin al-Zubair saat menghadapi sakit sehingga anggota badannya diamputasi dan kematian anak lelakinya: “Ya ALLAH, diatas kesedihan ini hamba memujiMU,engkau memberiku tujuh org anak,lalu Engkau mengambilnya satu.Aku tidak menyesal,bukankah Engkau tinggalkan untukku enam lagi? Kaki dan tanganku semunya empat dan Engkau hanya ambil satu saja drpd mereka.Bukankah ada tiga lagi yang patut aku syukuri? Kalau Engkau yg mengambil maka Engaku jugala yg member. Kalau Engkau yg menurunkan bala, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan”.

Itulah hikmah sebenar mengapa ALLAH SWT menguji,supaya tumbuh jiwa hamba pd diri kita.Tiada ego melampau dan menganggap bahawa akulah yg kuat lalu menzalimi org lain.Kerana ada Yang Maha Kuasa yg serta merta boleh merenggut ubun-ubunnya dan menghapuskan apa saja yg dimiliki.

Firman ALLAH SWT bermaksud: “katakanlah wahai Muhammad:mahukah Kami khabarkan kpdmu org yg amat rugi perbuatannya? Iaitu org sesat perbuatannya sewaktu hidup didunia sedangkan mereka mengira perbuatannya itu adalah kebaikan”.(Surah al-Kahfi:103-104)

Manusia merancang,ALLAH menentukan.Jika seorg bapa kehilangan anaknya nescaya ALLAH membalasnya dgn Baitul Hamdi(sebuah istana khusus di syurga) krn kesabarannya. Bagaimana pula org yg cekal di atas bala lebih teruk dr itu? Balaslah ujian ALLAH SWT dgn lafaz pujian dan syukur kpdNYA krn ia tanda kasih sayang ALLAH SWT kepada diri kita.

Wallahu a’lam.

10 March 2007

muqaddimah seorang muslimah

bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum wbt..
subhanallah,alhamdulillah,ALLAHuakhbar...pertama2nya marila sama2 kita panjatkan syukur pd Dzat yg Agung krn ana dan antum semua masih lagi dikurniakan nikmat yg sgt2 besar iaitu nikmat ISLAM dan nikmat IMAN..alhamdulillah kita semua masih lg dihidupkan dan dibiarkan bernafas dlm suasana yg inshaALLAH menjanjikan kebahagian kelak..
siapalah ana di sini utk mencoretkan kata2 ataupun bg nasihat sdgkan diri ana sendiri lemah dan hina di sisiNYA..tapi ana berharap sgt shbt2 ana di luar sana sudi menjadikan blog ini sebagai tempat perkongsian ilmu..atau tidak keterlaluan ana harap blog ni dijdkan tmpat utk sama2 kita mengigtkan diri kita ttg tujuan hidup kita sebenarnya..maksud ana jdkan blog ini sebagai tempat utk kita saling berpesan2 pd kebenaran dan kesabaran..
sebagai permulaan ana izinkan ana menghulurkan salam persahabatan kpd sahabat2 fillah ana di luar sana..semoga blog ini dijadikan wadah utk kita lebih rapat dan sama2 menuju kejlnNYA..inshaALLAH

"wahai org2 yg beriman!jika kamu menolong (agama) ALLAH nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (47:7)

samalah kita menjadi muslimin dan muslimah yg bertaqwa dan akhirnya mendapat redha dan ampunan dr illahi..AMEEN..